Virus Zika Q & A

Virus Zika Q & A

Apakah Virus Zika (Zika)?

Zika adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti kuman. Antara gejala-gejala Zika ialah demam, ruam, sakit sendi dan kunjunktivitis (mata merah). Pesakit biasanya mengalami kesakitan yang sederhana tetapi mungkin berpanjangan sehingga satu minggu. Virus Zika jarang sekali membawa kematian.

Bagaimana Zika disebarkan?

Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti kuman, iaitu nyamuk yang sama penyebab Chikungunya dan denggi. Nyamuk ini menggigit dengan agresif di siang hari tetapi boleh juga menggigit pada waktu malam. Nyamuk akan dijangkiti kuman apabila ia menggigit seseorang yang telah dijangkiti virus ini. Virus Zika akan tersebar apabila nyamuk yang telah dijangkiti kuman ini menggigit pula orang lain. Virus ini boleh juga dipindahkan melalui ibu mengandung kepada bayinya semasa tempoh kehamilan atau waktu melahirkan.

Siapa yang berisiko dijangkiti virus Zika?

Sesiapa sahaja yang tinggal atau pergi ke kawasan di mana virus Zika ditemui dan belum pernah dijangkiti viris ini. Mereka terdedah apabila tekena gigitan nyamuk di kawasan ini.

Negara apa yang terdapat virus Zika?

Kawasan yang tepat sukar ditentukan kerana ianya berubah-ubah dengan masa. Jika anda merancang untuk pergi ke luar negara, sila lawati laman The CDC Travelers’ Health untuk maklumat yang paling terkini.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelak virus Zika?

Buat masa ini, belum ada vaksin untuk virus Zika. Cara terbaik adalah dengan menghalang pembiakan nyamuk ini dan melindungi diri dan keluarga daripada terkena gigitan nyamuk ini.

  • Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang
  • Duduk di tempat yang berhawa dingin atau pasang penghalang nyamuk pada tingkap untuk menghalang nyamuk memasuki rumah
  • Menggunakan pencegah serangga
  • Tidur di dalam kelambu

Apakah rawatan untuk Zika?

Memandangkan virus ini masih belum mempunyai vaksin, cara terbaik untuk merawat pesakit ini adalah

  • Berehat secukupnya
  • Minum banyak air untuk mengelak dehidrasi
  • Mengambil ubat yang disarankan oleh doktor untuk mengurangkan demam dan kesakitan
  • Jangan mengambil aspirin atau dadah anti radang bukan steroid yang lain
  • Jika anda ada mengambil ubat kerana ingin merawat penyakit lain, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan lain

Bagaimana Zika di diagnos?

  • Sila berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami simptom-simptom ini (demam, ruam, sakit sendi dan mata merah). Jika anda ada ke luar negara, sila maklumkan kepada doktor
  • Doktor anda akan membuat ujian darah untuk menentukan samada ianya berpunca daripada Zika ataupun denggi atau chikungunya

Apa yang harus dilakukan jaka mempunyai Zika?

Rawatan:

  • Berehat secukupnya
  • Minum air lebih banyak untuk megelakkan dehidrasi
  • Mengambil ubat yang disarankan oleh doktor untuk merawat demam dan sakit
  • Jangan mengambil aspirin atau dadah anti jangkitan bukan steroid yang lain

Adakah anda akan imun seumur hidup setalah dijangkiti zika?

Bila seseorang itu pernah dijangkiti Zika, sepatutnya dia telah dilindungi daripada dijangkiti lagi penyakit ini

Adakah jangkitan virus Zika terhadap ibu mengandung akan menyebabkan kecacatan kepada bayi?

Terdapat beberapa laporan berkenaan kecacatan otak yang serius terhadap bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti Zika. Ianya dipanggil microchepaly (keadaan di mana saiz kepala bayi lebih kecil daripada sepatutnya jika dibandingkan dengan bayi yang sama umur dan jantina). Pengetahuan tentang kaitan antara Zika dan microchepaly semakin berkembang, tetapi sebelum ianya menjadi-jadi, pihak CDC mencadangkan langkah pencegahan yang lebih ketat kepada golongan-golongan berikut:

Microcephaly
Microcephaly
  • Wanita mengandung

–  Menangguhkan perjalanan ke mana-mana tempat yang dilaporkan terdapat kes Zika

–  Jika anda terpaksa juga pergi ke kawasan tersebut, anda harus mendapatkan nasihat doktor dan perlu mencari jalan terbaik untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk.

  • Wanita yang merancang untuk mengandung

– Sebelum memulakan perjalanan, beritahu doktor anda berkenaan plan anda untuk mengandung dan risiko jangkitan virus Zika

– Mencari jalan terbaik untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk

Adakah virus ini baru sahaja ditemui?

Jawapannya tidak. Zika pernah dilaporkan di Afrika, Asia Tenggara dan Pulau Pasifik. Tidak dinafikan virus ini akan menyerang juga kawasan lain. Pada May 2015, Pan American Health Organization (PAHO) mengeluarkan amaran berjaga-jaga berkenaan jangkitan virus Zika pertama di Brazil. Semenjak itu, banyak kes Zika dilaporkan di banyak negara dan wilayah lain.

Walaupun penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun kita harus memandangnya dengan serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.

Jadi, sebagai pengamal suplemen, tidak salah jika kita bertindak agresif dengan meningkatkan sistem imun badan kita bagi menghadapi bahaya virus Zika ini. Memandangkan Zika masih belum ada penawarnya, apa yang kita boleh lakukan selain menghalang diri dari digigit nyamuk adalah dengan meningkatkan sistem keimunan badan. Antara suplemen yang boleh diamalkan untuk meningkatkan sistem imun kita adalah:

Set Immune Booster Shaklee
Set Immune Booster

Nutriferon – Biji labu, bunga safflower, biji plantago asiatica,dan honeysuckle Jepun (Penggalak Interferon)

Interferon merupakan protin semulajadi yang akan menghasilkan sistem imun badan dengan menyerang microb sekaligus meningkatkan keupayaan sistem imun kita. Ianya telah ditemui pada 1954 oleh Dr. Yashukiko Kojima, seorang doktor perubatan dan penyelidik dalam bidang biologi. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr.Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (NutriFeron). Dia telah berjaya membuktikan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, biji plantago dan huneysuckle Jepun mempunyai kebolehan mendorong pengeluaran interferon semulajadi tubuh tanpa memberi tekanan kepada tubuh badan.

Vitamin C merupakan penggalak imun badan utama kerana ia berkaitan dalam penghasilan antibodi, fungsi sel darah putih dan yang paling penting ia juga boleh menghasilkan interferon. Vitamin C amat diperlukan apabila sistem imun kita semakin lemah.

Garlic adalah antibiotik semulajadi dan penggalak sistem imun yang sangat hebat. Allicin merupakan komponen aktif  dalam garlic yang merangsang penghasilan sel darah putih dan meningkatkan penghasilan antibodi.

Zinc diperlukan untuk mengekalkan fungsi sistem imun yang normal. Individu yang kekurangan zinc akan mudah diserang pelbagai patogen dan mengalami proses penyembuhan luka yang lambat.

Berminat untuk dapatkan Set Immune Booster secara online? Boleh membuat pembelian melalui pautan di bawah. Pembelian adalah 100% selamat. Pembayaran menggunakan kredit dan debit kad diterima.

esell-shaklee

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Azura ( SID 914918 ) di talian 0129665060 atau email saya di raihanazura@gmail.com. Saya merupakan pengedar sah Shaklee di Bukit Jelutong,  TTDI Jaya, TUDM Subang, Laman Glenmarie dan sekitar Shah Alam. Saya juga membuat Cash On Delivery di Stesen LRT Kerinchi dan stesen-stesen LRT di seluruh Lembah Kelang, Menara TM dan Bangsar.

***Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

One thought on “Virus Zika Q & A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge