Pengalaman Terkena Kayap Ketika Mengandung

KAYAP KETIKA MENGANDUNG
KAYAP KETIKA MENGANDUNG

Pengalaman Terkena Kayap Ketika Mengandung. Merbahayakah? | Kali ni saya nak share pengalaman sendiri kena penyakit kayap ni. Paling ngeri lagi ialah saya kena masa sedang mengandungkan anak pertama kira-kira lebih 6 tahun lepas. Masa tu kandungan baru mencecah 4-5 bulan kalau tidak salah. Satu pagi Jumaat, bangkit dari tidur, leher rasa sakit sangat. Owh, mungkin salah tidur kot. Siap-siap, solat subuh dan terus pergi kerja. Di pejabat, rasa pelik kenapa makin sakit je rasa sampai tak boleh nak buat kerja. Rasa pedih yang teramat sangat. Bila tengok kat cermin nampak ade tompok merah kat tempat yang sakit tu. Hati dah rasa tak sedap.

Balik dari kerja terus ajak suami pergi klinik. Ingat lagi masa tu kami pergi ke Klinik Luar Hospital SALAM, Shah Alam. Disebabkan masih belum nampak tanda-tanda maca kayap tu, doktor buat kesimpulan itu cuma ruam biasa dan diberi ubat sapu sahaja (mungkin juga sebab mengandung, jadi ubat yang boleh diambil sangat limited). Walaupun dalam hati ada sikit tak percaya, tapi kami redha dengan kata doktor tu dan balik.

Esoknya suami ajak pergi rumah adik dia di Wangsa Maju dan bermalam di sana. Walaupun sakit saya ikutkan juga. Hari tu tempat terkena kayap tu dah start naik gelembung-gelembung halus selain merah. Ya Allah, sakitnya bukan kepalang. Umpama macam luka terbakar dan diperah pula air limau nipis atasnya. Dapat bayangkan tak sakitnya? Masa tu dah agak dah mungkin betul kayap ni. Ajak suami pergi klinik lain (tak ingat nama klinik tapi di Wangsa Melawati kalau tak silap) for second opinion. Kali ni doktor pun suspect mungkin betul kayap berdasarkan rupa parasnya tapi dia tak berani nak confirm mungkin sebab saya mengandung. The best yang doktor boleh buat ialah buat surat refer ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Lepas tu kami terus pergi ke HKL dengan berbekalkan surat refer tadi. Dan of coz la tak tahu nak menuju ke mana sebab HKL tu besar kot. Jadi kami mendaftar di Klinik Pesakit Luar dahulu. Parking jauh pula tu. Terpaksa menapak ke situ dengan perut besar dan leher yang sakit tu. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai giliran saya untuk check. Tapi disebabkan saya mengandung terus diorang reject dan suruh saya pergi ke Jabatan O&G pula. Dalam hati kata biar betul diorang ni? Bukan saya nak beranak lagi pun (ada sedikit kekecewaan di situ). Tapi nak taknak menapak jugalah mak buyung ni ke Jabatan O&G. Bukannya dekat. Fuh, bila ingat balik rasa nak nangis. Dahla sakit, dibuat macam bola pulak.

Ok, dah sampai Jabatan O&G, as expected, diorang pun terkejut kenapa saya disuruh ke situ. Siap buat checkup mengandung sekali kt situ sebab ikut procedure. Akhirnya barulah ade doktor yang “bijak” sikit suruh saya pergi ke Jabatan Dermatologi sebab masalah ini berkaitan dengan kulit kan. Kali ni memang doktor sahkan benarlah KAYAP. Dan ubat yang boleh diberi pun sangatlah limited kerana tengah mengandung. Last-last dapat ubat sapu juga, saline water untuk cuci tempat sakit tu dan ubat tahan sakit yang paling low dose. Dan of course MC. Tak ingat berapa lama, seminggu kot dapat aritu. Malam tu tidur bertemankan air mata sebab memang tengah kemuncak sakit dia tu.

Ini memang dugaan mengandung yang paling hebat sekali saya pernah rasa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, 2-3 hari lepas tu, saya semakin sembuh dan bebas dari penyakit tersebut. Dengan izin Allah. Tapi masih kena buat follow-up di HKL. Sekali follow-up je and case closed. Alhamdulillah.

Apakah Penyakit KAYAP ni sebenarnya?

Kayap berpunca daripada virus yang sama seperti virus yang menyebabkan Chicken Pox iaitu Virus Varicella Zoster (VZV). Apabila kita telah mengalami Chicken Pox, virus ini masih kekal di dalam badan cuma tidak aktif. Walau bagaimanapun, ada ketika virus ini akan aktif kembali ketika kita stress atau sistem imun badan sedang lemah. Apabila ini berlaku, kita tidak akan mengalami Chicken Pox untuk kali kedua tapi berkemungkinan akan mengalami kayap.

Adakah KAYAP berjangkit?

Penyakit kayap tidak dijangkiti daripada orang yang mengalami kayap. Walaubagaimanapun, Chicken Pox boleh dijangkiti daripada orang yang mempunyai kayap dan kebarangkaliannya terlalu kecil. Kayap tidak merebak melalui udara. Elakkan menyentuh tempat terkena kayap jika anda masih belum pernah mengalami Chicken Pox dan tidak mengambil vaksin.

Sumber (News Moms Need)

Adakah KAYAP berbahaya kepada ibu mengandung?

Walaupun terdapat kaitan rapat di antara kayap dan cacar air, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kayap yang berlaku semasa hamil akan menyebabkan sebarang masalah pada bayi. Ini mungkin kerana anda telahpun lali terhadap virus tersebut, dan pelalian ini disalurkan kepada bayi dalam kandungan anda.

Kayap tidak membahayakan, sebaliknya, cacar air boleh menyebabkan masalah. Terdapat segelintir kecil bayi yang ibunya menghidap cacar air ketika hamil dilahirkan dengan kecacatan.

Sumber (babycenter.com.my)

Kesimpulannya, kayap tidaklah berbahaya kepada ibu mengandung tetapi cacar air adalah sebaliknya. Ibu mengandung perlu menjauhi individu yang terkena cacar air bagi mengelakkan dijangkiti kayap dan juga cacar air. Pengalaman saya terkena kayap ketika mengandung ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Lain orang lain dugaannya. Sesiapa yang tengah mengandung tu Akak Zura ucapkan tahniah dan semoga perjalanan mengandung dan melahirkan anda indah-indah sahaja. Ingin kongsi pengalaman anda? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen. Sekian, terima kasih.

Azura,

0129665060

Pengedar Shaklee anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *